Thursday, April 15, 2010

Presiden (Penaja)

Mesyuarat Pra-Penaja bersetuju untuk mencalonkan En. Subri Bin Md Noh, Pengurus Agrobank Kedah/Perlis sebagai Presiden (Penaja) bagi persatuan ini. Beliau adalah anak kelahiran Kg. Rambong Pulai dan adalah pelajar awal SK Rambong Pulai. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan dan kini mengetuai Agrobank Kedah/Perlis sebagai Pengurus Negeri. Dengan pengalaman dan kepakaran yang beliau miliki, adalah diyakini persatuan ini akan menjadi sebuah persatuan yang benar-benar berjaya.

Wednesday, April 14, 2010

SEJAUH MANAPUN AKAR MENJALAR...

INILAH AKARNYA. CUBA ANDA TEKA APAKAH NAMA POKOK INI? SUATU KETIKA IA PERNAH TUMBUH HAMPIR DENGAN SKR. AKARNYA MENJALAR BEGITU JAUH SEKALI... MANIFESTASI DIRI KITA YANG KINI MENJALAR KE SELURUH PELUSUK TANAH AIR.. SEJAUH MANA PUN AKAR MENJALAR, ASALNYA TETAP DI PERDU.... KEMBALILAH KE ASAL KITA UNTUK MENGENAL DIRI...

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN.....

ADAT SIRIH PULANG KE GAGANG, ADAT BELUT PULANG KE LUMPUR

ASSALAMUALAIKUM.

Ikan berenang didalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang

Adat pinang pulang ke tampuk,

Adat sirih pulang ke gagang


Daun sirih sudah disusun

Siap dengan gambir dan kapur

Adat semang pulang ke dusun

Adat belut pulang ke lumpur


Demikianlah pantun Melayu yang sarat dengan seni, padat dengan isi, dinukilkan oleh datuk nenek moyang buat panduan kita hidup diatas muka bumi! Kami mengalu-alukan tuan/puan untuk menyertai SK Rambong Alumni Society iaitu Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Rambong atau ringkasnya SKRAS. SKRAS didalam proses penubuhan dimana ianya akan dibuka keahlian kepada semua bekas pelajar SK Rambong Pulai. Ibarat sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur, marilah kita bersama-sama kembali ke SK Rambong Pulai bagi mengenang betapa besarnya jasa sekolah ini kepada kita. Kini kita kembali untuk membalas jasa dan budi sebuah institusi yang amat dekat dengan kita suatu masa lalu. It's a payback time! Back to school.. horayy!!!! salam.. jumpa lagi di posting yang lain.